Friday, September 26, 2008

Rahsia Buat Duit dengan eBay


Inilah satu-satunya buku memgenai eBay yang saya jumpa dalam bahasa Melayu. Buku ini keluaran PTS. Anda boleh juga 'order' melalui 'bookcafe.com'. Rujukan yang amat berguna untuk 'eBayer'. Banyak benda yang saya belajar melalui buku ini seperti 'Auctiva' dsb. Saya membelinya semasa Pesta Buku Selangor.

Ikuti langkah demi langkah memulakan bisnes internet tanpa perlu membina laman web. Setiap hari pengguna internet di seluruh dunia semakin bertambah dan pengetahuan berkenaan internet sebagai medium membeli dan menjual barang juga bertambah baik. Bisnes internet mendapat perhatian daripada penjual dan pembeli di USA, Eropah, United Kingdom dan negara maju yang lain. Sebagai pasaraya virtual, eBay memberi peluang kepada penjual memasarkan produk mereka ke serata dunia. Pembeli pula mempunyai pilihan barangan dan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran. (bookcafe.com)

No comments: