Friday, September 26, 2008

ULTIMATE HOME SOLUTION

Buku saya sudah berkali-kali 'list' kat eBay dan juga beberapa kali tukar kategori dan kurangkan harga tapi belum ada pembeli (akhirnya dibeli pada 25/10/08)

Hard cover

Very good condition. Looks like NEW. A lot of colorful pictures and diagrams.

Title: ULTIMATE HOME SOLUTIONS : Everything you need to know to run you home

Publisher: Helicon Publishing, Great Britain

Year of publication: 2003

Page:303

Original price is GBP 25

Main contents:

i) Finding your home

ii) Selling, moving, letting

iii) Being a householder

iv) Money matters

v) The technology revolution

vi) Everyday living

vii) Basic DIY

viii) Decorating and furnishing

ix) Getting work done

x) Working from home

xi) Emergencies

SAYA PASTI


Berikut adalah buku kedua saya jual kat eBay dan dapat bayaran (Ogos'08). RM8 termasuk pos.

Keadaan baik.

Tajuk buku: SAYA PASTI (SATU PANDUAN PRAKTIKAL DALAM PENGGUNAAN KEKUATAN MINDA SEPARA SEDAR)

Penulis: BEN SWEETLAND

Penterjemah: ZARINA MUSA

Penerbit: THINKER'S LIBRARY

Cetakan: 2000

Mukasurat: 240

Sinopsis:

Kejayaan merupakan satu perjalanan - bukan satu destinasi. Kejayaan adalah segalanya mengenai kerahmatan dan sesuatu yang baik berlaku kepada anda di dalam perjalanan - tidak sama sekali berlaku kepada anda apabila tiba di sana.

Apa sahaja yang anda ingini, manjadi milik anda sekiranya anda merancang perjalanan kejayaan anda - langkah demi langkah. Penulis ini tidak berhenti hanya dengan memberi panduan kepada perjalanan anda malah anda juga memberikan cara-cara bagaimana untuk melakukan sendiri cadangan-cadangan tersebut.

Sekiranya anda mencari kesihatan yang lebih baik, perniagaan anda sendiri, penumpuan atau apa sahaja matlamat lain - penegasan Ben Sweetland akan membuatkan anda berfikir pada landasan yang betul dan menunjukkan cara menuju kejayaan kepada anda hari ini.

MENTERI

Keadaan masih baik tapi agak lusuh. Tanpa contengan & tiada kehilangan sebarang mukasurat. Buku ini sesuai untuk pengumpul atau peminat buku.

Tajuk buku: MENTERI

Penulis: SHAHNON AHMAD (Sasterawan Negara)

Penerbit: Marwilis Publisher & Distributors Sdn Bhd

Cetakan: 1991

Mukasurat: 105

MENTERI adalah sebuah cerita yang amat menarik. Ia mengupas persoalan politik pada masa tersebut.

Tidak akan menyesal membeli dan membacanya.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM2 + RM2 urusan penghantaran

-----------> Ini adalah buku pertama saya jual dan dapat duit di eBay pada 18/8/08. Tulisan di atas adalah ayat-ayat sebenar karangan saya di eBay.

UNGU KARMILA

Ini adalah barang pertama & juga buku pertama (terpakai) yang saya beli melalui eBay (16/Jul'08). Saya sememangnya peminat buku-buku tulisan Ramlee Awang Murshid. Saya menyimpan hampir kesemua koleksi buku-buku beliau. Biasanya saya beli yang baru kat kedai. Tapi kali ni memandangkan saya belum membelinya dan ada orang jual kat eBay saya terus membelinya (RM17 termasuk pos). Maaf tiada 'review' kerana saya belum membacanya. Isteri saya sedang membacanya.

RAHSIA Buat Duit Dengan INTERNET


Penulis: Wan Mohd Syazwan Wan Sukri & Sabri Hassan Assa'ari
Penerbit: PTS

Saya beli buku ini secara 'online' dari MPH (setelah melawat beberapa kedai di Shah Alam & juga Bookcafe.com tapi ketiadaan stok).

Saya sudah mengetahui kehadiran buku ini sejak awal penerbitannya pada tahun 2006 tapi tak menghiraukannya. Saya berminat dengan buku ini setelah membaca mengenainya di dalam buku 'The New Millionaire$'. Buku ini datang bersama VCD Tutorial. Ianya menjadi buku teks yang berguna bagi saya untuk memulakan perniagaan internet. Terima kasih kepada penulis. Saya akan mengikuti kursus perniagaan internet anjuran penulis.

The New MILLIONAIRE$


Penulis: Gobala Krishnan
Penerbit: Truewealth Publishing

Buku ini adalah buku baru pertama saya beli secara 'online' (dari Truewealth). Sebelum ini saya pernah membeli buku terpakai melalui eBay.

Buku ini sangat bagus. Saya ambil cuti sehari untuk membacanya dan melayari hampir kesemua alamat-alamat web yang diberikan di dalam buku ini. Pembelian buku ini amat berbaloi bagi saya. Melalui buku ini saya dapat berkenalan dengan ramai peniaga-peniaga internet yang berjaya di Malaysia seperti Tanzilan, SaifulSham dan lain2. Minda saya mengenai perniagaan internet lebih terbuka. Saya juga berkenalan dengan konsep 'dropshipping' untuk perniagaan eBay. Saya juga telah mencuba konsep 'dropshipping' secara kecil-kecilan ex. dengan cara 'listing' produk ' home sauna' di eBay (saya pernah beli satu unit 'home sauna' secara 'online' and berjaya mendapat kebenaran penjual untuk 'list' di eBay. Jika ada pembeli, beliau akan menguruskan penghantaran dan saya akan mendapat komisan dan tak perlu menyimpan stok).

Melalui buku ini juga saya berkenalan dengan buku tulisan SaifulSham dan saya akan menghadiri kursus perniagaan internet anjuran beliau mungkin selamat raya (Okt'08).

SENDIRI MAU INGAT

Buku tulisan Dr Tuah bersama Karya Bestari. Penulis sudah banyak kali menulis buku motivasi bercorak santai seperti ini dan saya amat menyukainya. Saya suka terutamanya dengan kisah 'buat duit dengan kursus'. Saya juga pernah 'terkena' dengan penganjur kursus bagi pihak Dr Tuah. Ianya berlaku kepada diri saya pada tahun 2004. Ada sebuah syarikat mengendalikan kursus dari Johor. Beliau menjual tiket untuk seminar sehari bersama Dr Tuah dan juga 'speaker' lain seperti Mr Billy (Dare To Fail). Saya beli 2 tiket seminar Dr Tuah & satu tiket 'Dare To Fail'. Beliau juga 'offer' saya sebagai agen penjual tiket (dengan syarat saya beli dahulu sebagai contoh satu pek tiket untuk 25 orang - tapi saya tidak membelinya). Malangnya seminar tersebut (di salah sebuah universiti di KL) tidak pernah diadakan. Beliau pernah berjanji untuk membayar kembali tapi kami sudah 'lost contanct'.

Rahsia Buat Duit dengan eBay


Inilah satu-satunya buku memgenai eBay yang saya jumpa dalam bahasa Melayu. Buku ini keluaran PTS. Anda boleh juga 'order' melalui 'bookcafe.com'. Rujukan yang amat berguna untuk 'eBayer'. Banyak benda yang saya belajar melalui buku ini seperti 'Auctiva' dsb. Saya membelinya semasa Pesta Buku Selangor.

Ikuti langkah demi langkah memulakan bisnes internet tanpa perlu membina laman web. Setiap hari pengguna internet di seluruh dunia semakin bertambah dan pengetahuan berkenaan internet sebagai medium membeli dan menjual barang juga bertambah baik. Bisnes internet mendapat perhatian daripada penjual dan pembeli di USA, Eropah, United Kingdom dan negara maju yang lain. Sebagai pasaraya virtual, eBay memberi peluang kepada penjual memasarkan produk mereka ke serata dunia. Pembeli pula mempunyai pilihan barangan dan harga yang berpatutan berbanding harga pasaran. (bookcafe.com)

Thursday, September 25, 2008

MY MINI LIBRARY


This is my mini library (dah senget sikit)

Wednesday, September 24, 2008

BOOK REVIEW

Welcome to my new blog. This bog, I dedicate to review books that I have read. I love books. My family love books. I love motivation, religous, self help, finance books etc. My wife loves story books.