Wednesday, May 18, 2011

NOVEL-NOVEL UNTUK JUALAN



Majoriti berkedaan sangat baik.

PART 1

1. Setelus Impian, Zulaila Zakaria
2. Mahligai Impian, Azian Zahra, NHF Media SOLD
3. Hanya kau yang satu, Iffa Irdina, nyleapublishing SOLD
4. Demi cinta, Pitteriah Abdullah, Times Editions
5. Bidadari Cinta, Samsiah Mohd Nor, SA Productions
6. Versus, Hlovate, JS
7. Seindah Gubahan Kasih, Kaki Novel. Mina Mahanie
8. Hanya Kerana Arissa, Manera Muhammad, NSCR
9. Tangisan Bulan Madu 3, Samsiah Mohd Nor SOLD
10. Kau milikku, Pitteriah Abdullah, Buku Prima
11. Setelah Kau Pergi, Rozita Abdul Wahab, Creatives SOLD
12. Bunga2 kemboja, Aina Emir, KarnaDya
13. Seindah Rahsia, Afiqah Farzana, Buku Prima
14. Setitis Kasih, Shahriah Abdullah, Buku Prima
15. Cuma Dia, Norzalina, Alaf 21
16. Dalam hati ada kasih, Alis Ashiqin, Buku Prima
17. Soalnya hati, Nurul Syahida, Buku Prima
18. Menanti kasih, Norzailina, Alaf
19. Takdir yg terindah, Nana Faiz, KarnaDya
20. Menyemai cinta, Iffa Irdina, nylea SOLD
21. Bahtera cinta, Iffa Irdina, nylea SOLD
22. Rahsia cinta semalam, Najwa Dania Daniel, nylea
23. Takdir cinta, Dina Najat, nylea
24. Dakapan asmara, Dina Najat, nylea
25, Sangkar asmara, Zetty Zahira, nylea
26, Chinta, N.Berahim, NB Kara
27. Tarikh luput cinta, Lynn Dayana, Alaf
28. Sara Kirana, Buku Prima
29. Qaseh Qaisy, B/Prima
30 Syair Cinta, Intan Arnida, Alaf
31 Sebutlah namaku, Murni Aqila, Alaf
32. Izinkan kubahagia, Leeya Myra, Alaf
33. Hati yg terusik, Nia Azalea, Alaf
34 Kau yg tak mengerti, Ebriza Aminnudin, Creatives
35. Jiranku kekasihku, Lysa Allysa, FP
36. Padamu kusandarkan cinta, Halina Kamarudin, iBOOK
37 Aku cinta Kyra, Ramlah Rashid, B/Prima
38 Atas nama cinta, Bikash, NHF ada, FP pun ada
39 Kesturi, Fatnilam Sari Ahmad, Creatives
40 Seharum cinta lestari, Ramlah Rashid, B/Prima
41 Satu Anugerah, Sabariah Araur, Creatives
42 Megalomania, Fatinilam, Creatives
43 DAmai kasihku, Iris Ixora, Alaf
44 Hati yg luka, N/Berahim, NHF
45 Kasih Bersemi, Rozita Abd Wahab, Diwangsa
46 Jalinan Kasih, Puteri Andalas, Alaf
47 Selumbar kasih, B/Prima
48 Cinta lukisan jiwa, Kaki Novel
49 Kau yang tercinta, Nor Rafishah, FP
50 Serasi di hati, Nora Ismail, NB Kara
51 Ku seru kasihmu, Izzul Izzati, Kaki Novel
52 Setulus cinta, Siti Farrah Shahwir, Creatives
53. Restuilah Kasih, Nor Zailinawati Alias, Creatives
54 Indahnya kasih, Kreisya Reisya, Alaf
55 Siapakah dihatiku, Adilla Tashi, K/Novel
56 segalanya kuterima, Rosa Nur Imani, B/Prima
57 Seindah gubahan kasih, K/Novel
58 Jawapan yg pasti, Eka Fahara, Alaf
59 Aku yg kau tinggalkan, Hendan Yahya, Creatives
60 Tiada noktah cinta, Emma Maizura, Alaf
61 Warna Hati, Meen Zulaikha, Alaf
62 Kala mimpi bersatu, Emma Maizura, Alaf
63 Cinta Rahsia, Liza Zahira, Alaf
64 Ceritera Rindu, Leeya Myra, Alaf
65 JAnjiku bersamamu, Aleya Aneesa, Alaf
66 Kerana dia cinta, Izza Ariffin,K/Novel
67 Mencari Abadi, Luqman Hakim, Alaf
68 Aku ada kamu, Lily Haslina Nasir, NB Kara SOLD
69 Aku tanpa cintamu, Dhiya Syakhira, nylea
70 bahagia kasihmu, fatin nabila, alaf
71 kuintai cinta di dalam rahsia, K/Novel
72 Kalimah cintamu, FP
73 Sejujur hatimu, alaf
74 hanya dia tahu, aleya aneesa, alaf
75 laman rindu, alaf
76 akhirnya..... zanariah abdul manan, creatives
77 sandaran hati, alaf
78 kasihku satu, alaf
79 tika rindu berlagu, alaf
80 dia dihati, alaf
81 jiwa merindu, alaf
82 pelabuhan kasih, alaf
83 gerimis di hati, alaf
84 jika benar cinta, alaf
85 tautan kasih, alaf
86 noktah di hujung rindu, hafizah iszahanid, times
87 kopi susu sepatu biru, JS
88 tinggallah pujaan, karna dya
89 aa+bb, JS
90 saat mencintaimu, nurul astiqha, NHF
91 bicara hati, alaf
92, rindu saliha, kaki novel
93 bayu asmara, alaf
94 sat cinta bersemi, alaf
95 kau kekasihku, alaf
96 hamparan kasih, alaf
97 sepi tanpa cinta, alaf
98 selaut kasih, alaf
99 seindah memori, alaf
100 sesuci cinta, alaf
101 demi kasih ini, alaf
102 ada cinta di hati, alaf
103 sedetik cinta, alaf
104 dekat dihati, alaf
105 badai dihati, alaf
106 suterakasih, alaf
107 di langit cinta, alaf
108 camar yang pergi, alaf
109 inikah cinta, alaf
110 mulanya satu cinta, alaf
111 horizon cinta, alaf
112 hati seorang wanita, creatives
113 cinta? Misya Syakira, nylea
114 kabus kasih, alaf
115 hati ini milik siapa, ebriza, NHF
116 segala untukmu, alaf
117 akhir yang indah, alaf
118 bila hati berbicara, B/Prima
119 masih ada rindu. alaf
120 mencari cinta, alaf
121 bila cinta membara, alaf
122 hati yg terusik, alaf
123 tangisan bulan madu 4 SOLD
124 rahsia secebis nota, suhairi awang, tintarona
125 dia lah dihati, nur hazma, tintarona
126 janji kasih, alaf
127 lakaran kasih, alaf
128 hadirmu satu kurnia, alaf
129 mahligai cinta, alaf
130 hatimu untuk siapa, alaf
131 erti rindu ini, alaf
132 cintamu dihati, alaf
133 menjaring mimpi. B/Prima
134 semusim rindu, alaf
135 kasih seharum lavender, akki novel
136 suatu penantian, kaki novel
137 anugerah cinta, alaf

PART 2
138 pelarian, abd talib hassam, creatives
139 madu impian, mat romeo. creatives
140 papa...akhirnya kau tewas jua, deana yusof, pekan ilmu
141 puteri dambaan sanubari, tintarona publications, marhainy hassan
142 rahsia mimpi, zaifulzaman ahmad, alaf
143 sinar kasihmu , mohd hizam hj ali, creatives
144 diari cinta kita, nazira mohd noor, tintarona
145 atas nama kasih, salina ibrahim, creatives
146 teguh, norhayati berahim, creatives
147 duri sarajevo, muhammad nazir saad, creatives
148 ke mana hatimu, eyman hykal, alaf
149 sinar kasih, a saifuddin a bohari, nhf media
150 surah terakhir, sharifah abu salem, alaf
151 tiga wajah, lamia aimal, creatives
152 mr cinderella, najwa mohd ghazali, alaf
153 di celah-celah dimensi, mohd daud shadzli, creatives
154 rindu yang pergi, fazie hanna, alaf
155 kasih kita, najwa aiman, creatives
154 bebunga kasih, hani fazuha, alaf
155 lewat musim itu, norhayati berahim, creatives
156 matahari cerah lagi, fauziah ashari, intens idea
157 ungu karmila, ramlee awang murshid, alaf
158 sutera kasih, sirhan ansari, alaf
159 seteguh kasih aina najihah, dina najat, kaki novel
160 ombak senja, amir husaini, tintarona
161 kerana dia cinta, izza aripin, kaki novel
162 jika benar cinta, lynn dayana, alaf
163 bila musim berganti, norhisham mustaffa, creatives
164 keranamu ain, noor suraya, creatives
165 seindah derita, norhayati berahim, creatives
166 berakhirlah rindu, sazlina sulaiman, nhf media
167 impian kasih, liza zahira, alaf
168 rinduku di angin lalu, norisah a bakar, creatives
169 waris, maharam mamat, creatives
170 cinderella, siti rohaya atan, kuasatek
171 rindu di kalbu, durrah fatiha, alaf
172 rindu, norhayati berahim, creatives
173 rindu di tiga persimpangan, nuraini abdullah, tintarona
174 diari seorang guru, s hawa, alaf
174 sambutlah cintaku, bikash nur idris, alaf
175 salju kasih, fathilah anas, alaf
176 dendam masrini, sri diah, alaf
176 bunga kasih, norhayati berahim, diwangsa
178 impian abadi, hasreeyati ramli, alaf
179 kristal kristal, misdhiaz, js
180 kupercaya ada cinta, rudi hirdy, kaki novel
181 lagu cinta buatmu, qaseh qaisara, fp
182 bintang suhana, linda nazarudin, times
183 cinta najla, shahriah abdullah, buku prima
184 air mata cinta, rabiatul adawiyah, kaki novel
185 dimensi cinta, nora fuad, karna dya
186 kerana terluka, aida adriani, alaf
187 diusik sayang, siti zabeha ibrahim, creatives
188 abadilah cinta, andrei aksana, topic enterprise
189 bunga-bunga cinta, dahiri saini, tintarona
190 matahari di atas gilli, lintang sugianto, pts
191 cinta un tuk elyana. misya darlina, alaf
192 mutiara kasih, haslinda ismail, creatives
193 seandai cinta bersemi, eisya sri dewi, tintarona
194 hanya kerana cinta, norhayati berahim, creatives
195 titian, mohd daud shadzli, creatives
196 restuilah kasih, nor zilinawati alias, creatives
197 dalam mihrab cinta, habiburrahman, ar risalah
198 bahang asmara, jessy mojuru, creatives
199 kembali untuk cinta, angela engkuan, alaf
200 sayang sepenuh hati, eka fahara, alaf
201 gerhana hati lara, hani sofea, kaki novel
202 emosi, norhayati berahim, creatives
203 resepi hati, iejay zakaria, nb kara
204 seindah semarak rindu, mina mahanie, bmm
205 bara, abdul rahim awang, creatives
206 manisnya cinta, anis ayuni, alaf
207 pesanan terakhir seorang lelaki, norhayati berahim, creative
208 memoir seorang guru, azizi abdullah, alaf
209 bebunga kasih, hani fazuha, alaf
210 kirimkan aku malaikatmu, muliati abdul, kaki novel
211 mencari abadi, luqman hakim, alaf
212 wajah keaksih, norjuliana mohd noor, creatives
213 arjuna hati, norzailina nordin, creatives
214 trilogi wajah wanita, siti rohayah atan, creatives
215 potret wajah kekasih, antasya balkis, kaki novel
216 kau milikki, pitteriah abdullah, bukun prima
217 sutera dalam lukisan, abd talib hassan, creatives
218 kau yang satu, haimy ajmin, creatives
219 usikan rindu, qaira qasidah, alaf
220 rindu di hujung sinar, khairul aswad ramli, rhythm
221 bulan berbisik, samsiah mohd nor, alaf
222 selendang sutera, rosmini shaari, creatives
223 mimpi kita serupa, siti hazneza abdul hamid, creatives
224 kau tetap di hati, liza zahira, alaf
225 kau sayangku, bikash nur idris, alaf
226 jodoh atau cinta, iman nizrina, kaki novel
227 AD + IZ, eury athena, kaki novel
228 kau laksana bulan, aina emir, karna dya
229 anugerah cinta, nurul' ain, kaki novel
230 jangan kau tangisi, ebriza aminnudin, buku prima
231 sweet sour, nasz, JS
232 mencari jalan ke syurga, hasliza ismail. kaki novel
224 gerimis rindu, meen zulaikha, alaf

THE HUMAN GENOME



Saturday, May 7, 2011

PESTA BUKU PWTC 30/4/2011






Hampir nak 'give-up' kerana susah nak parking. Macam biasa beli buku2 lelong/murah spt:

Monday, August 3, 2009

BUKU MURAH TAPI ADA KUALITI (KOSMOS 31/7/09)

Murah tapi ada kualiti
Oleh YEO LI SHIAN

DI BookXcess, lambakan buku murah bukan saja menguntungkan penulis dan karyawan, malah kepada ulat buku.




TINGKAT dua, Blok A Dataran Harmodal, Petaling Jaya (PJ) pada hari itu terasa hangat seperti suasana di pasar borong. Dari jauh, kelibat pengunjung yang datang begitu jelas kedengaran. Berpusu-pusu masuk ke ruang jualan, majoritinya hadir bersama kotak atau beg-beg plastik bersaiz besar.

Biarpun tiada aktiviti tawar-menawar, pelanggan begitu pantas membuat pilihan. Tanpa berfikir panjang, satu-persatu dicapai dan dicampak terus ke dalam kotak. Kotak yang penuh, bersilih ganti dengan yang baru. Belum sampai sejam, kotak-kotak tersebut sudah pun sarat menggunung.

Berkotak-kotak buku itu diangkat menuju ke kaunter kiraan. Ironinya, barang yang dibeli bukanlah bekalan makanan untuk stok sebulan. Apa yang ada, cuma buku pelbagai saiz dan genre, cukup untuk memuaskan nafsu membaca komuniti pembaca ini.

Tanpa disedari, tindakan itu menarik perhatian. Dengan perasaan ingin tahu bercampur keliru, Alice Chong, 23, berfikir 'Banyaknya beli! Buka kedai buku ke?'. Sepanjang hidup Alice, dia belum pernah membeli buku sebanyak itu sekali gus. "Sejak hari pertama lagi, saya nampak ramai yang beli sehingga mencecah ratusan ringgit. Ada yang datang dua tiga kali. Rupa-rupanya, mereka langsung tidak kisah pasal wang. Janji dapat stok buku yang banyak pada harga yang sangat murah," cerita Alice, saat mengenang pengalaman bekerja sambilan pada jualan buku Big Bad Wolf (BBW), dua bulan lalu.

BOOKXCESS menawarkan pelbagai seleksi buku pada harga murah.




Meskipun hanya berlangsung selama lima hari, jualan buku itu meninggalkan impak besar terhadap komuniti pembaca tempatan. Bayangkan, dengan wang RM1 pembaca boleh membawa pulang sebuah buku kanak-kanak. Malah, sebuah novel pemenang anugerah sastera boleh diperoleh pada harga RM8 sahaja. Sedangkan, pada hari-hari biasa, buku-buku itu mencecah harga lebih RM30 setiap satu.

Dalam diam, Alice mengaku dia terpengaruh. Tidak ingin ketinggalan, pada hari terakhir jualan, anak kelahiran Johor Bharu, Johor itu terus 'menyambar' kira-kira 20 buah buku untuk dirinya dan ahli keluarga yang lain.
"Harga menjadi faktor utama bagi pelajar seperti kami. Jadi, kalau nampak sahaja harga buku yang mahal, niat membaca terus terkubur.
"Bukan apa. Belum tahu cari wang, sudah membazir. Walaupun tahu beli buku itu berbaloi, tetapi jika harganya mahal, ia jadi tidak praktikal. Sebaliknya, satu bebanan," jelasnya kepada Kosmo! bersungguh-sungguh.

Sebab itulah apabila harga buku murah, tiada yang teragak-agak untuk membuat pembelian. Malah, setakat ini, Alice telah membaca buku ketiga daripada sejumlah buku yang dibelinya tempoh hari.

JACQUELINE berpendapat harga buku yang murah akan menguntungkan kedua-dua pihak pembaca dan penulis.

"Apabila membeli buku yang mahal dan tebal, pembaca mungkin ragu-ragu sama ada dapat menghabiskannya atau tidak. Dalam kes saya, kalau bukan sebab harga buku yang murah, agaknya saya tidak akan mencuba bahan bacaan berbahasa Inggeris," katanya yang hanya membelanjakan lebih RM60 untuk 14 buah buku.

Biarpun faham bahawa faktor harga buku yang mahal sebagai pembunuh niat membaca, seorang pembaca tegar, Hafiz Hamzah, 27, sedar berhubung nilai estetika sesebuah buku.

Jelasnya, penurunan harga buku juga dapat menggandakan kuasa pembelian bilangan buku oleh pembaca. Tindakan ini, kata Hafiz, 'jauh lebih baik daripada segala macam retorik yang berselindung di sebalik kempen membaca.'
"Ini (harga buku mahal) tidak dapat dielakkan. Tetapi, kalau kita ingin meningkatkan budaya membaca, fikirkan satu mekanisme bagi membolehkan industri menawarkan harga buku lebih rendah. Selain menambah bilangan pembaca, ia juga boleh membanyakkan bahan bacaan berkualiti, termasuklah judul yang jarang mendapat perhatian.
"Jika subsidi saja alternatif yang tinggal, apa salahnya diusulkan kepada kerajaan. Desak jika perlu. Ini soal melahirkan masyarakat yang ada otak, bukan hal main-main," tambahnya.

Tanpa bebanan untuk memiliki buku, golongan pembaca dan bakal pembaca diyakini akan memburu lebih banyak buku. Kaedah ini dilihat jauh lebih berkesan daripada membiarkan buku tersadai di rak-rak kedai. Dalam usaha membudayakan amalan membaca pula, Hafiz berharap kerajaan tidak melahirkan masyarakat yang lemah intelek menerusi 'bahan bacaan kontang idea'. Novel-novel cinta tempatan dan import yang berselerak bukan sajian murah terbaik untuk membentuk minda masyarakat.

KEDAI BookXcess yang terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Sebaliknya, buku-buku yang 'berisi' dan berunsur ilmiah diyakini mampu menggerakkan kesedaran dan pandangan sosial seseorang pembaca. Turut mencari buku dari pelbagai sumber alternatif, Hafiz mengakui salinan fotokopi mungkin satu-satunya jalan demi memenuhi keperluan pembacaan berkos rendah.
"Jika buku-buku itu benar-benar sukar didapati dan mahal, apakah alternatif yang lebih baik, selain menggunakan salinan fotokopi walaupun tidak 'dihalalkan'.
Bagi pengusaha kedai buku lebihan, BookXcess, Jacqueline Ng pula, lambakan buku murah juga menguntungkan golongan penulis. Buku yang diturunkan harganya secara tidak langsung memberi peluang kedua kepada karyawan.
"Bila harga buku murah, pembaca akan terdedah kepada penulis-penulis baru atau tidak dikenali. Jika mereka sukakan karya tersebut, pembaca akan dapatkan judul buku lain daripada penulis yang sama dari kedai buku perdana. Bukankah itu satu berita baik?" tanyanya kepada Kosmo!.

Dengan ruang kedai berkeluasan 3,000 kaki persegi, BookXcess yang terletak di pusat beli-belah Amcorp Mall, Jalan Ampang menawarkan lebih 10,000 judul buku berbeza genre.

ANDREW (kiri) dan Jacqueline ingin meningkatkan bilangan pembaca menerusi jualan buku murah.




DI negara-negara Barat, industri buku alternatif seperti buku lebihan bukan perkara baru. Kewujudan industri buku lebihan ini bertitik-tolak daripada pelbagai faktor. Misalnya, harga buku yang mahal telah mengalihkan perhatian pembaca kepada sumber alternatif.

Jika anda menganggap 'lebihan' ini sebagai produk-produk lama yang rendah kualitinya, anda silap. Ia sebenarnya merujuk kepada lambakan buku asli dan masih baru. Jika bertuah, anda mungkin menemui buku-buku pemenang anugerah.
Di Malaysia, gedung buku BookXcess telah mengambil pendekatan serupa. Dengan ruang kedai berkeluasan 3,000 kaki persegi, BookXcess yang terletak di pusat beli-belah, Amcorp Mall menawarkan lebih 10,000 judul buku berbeza genre.

Fiksyen am, bantu diri, perniagaan, sejarah, buku masakan, biografi dan buku kanak-kanak adalah antara genre yang ditawarkan. Dengan potongan harga buku-buku baru antara 50 hingga 70 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran, inisiatif ini jelas berkesan menambat ramai pembaca baru. Buktinya, biarpun hanya dua tahun beroperasi, BookXcess telah memiliki lebih 3,000 orang ahli.
"Objektifnya ialah untuk melihat impaknya kepada masyarakat Malaysia. Tidak hanya untuk pembaca sedia ada, malah melibatkan mereka yang jarang membaca.
"Kami mahu melihat pelanggan melangkah masuk dan teruja kerana harganya yang sangat murah," jelas Jacqueline Ng yang mengusahakan BookXcess bersama suaminya, Andrew.
Biarpun tidak selalu menawarkan senarai penuh buku terkini, usah kecewa. Sebabnya, dalam 80 peratus stok yang diimport dari Britain dan selebihnya dari Amerika Syarikat (AS), ia membawa berita baik.

Buku-buku pemenang anugerah, terlaris mahupun popular, baik dari genre fiksyen atau bukan fiksyen pasti dapat memuaskan nafsu membaca pelanggan BookXcess.
"Di Asia misalnya, kita tidak mengenali ramai penulis. Majoriti pembaca hanya memilih buku-buku yang ditulis oleh penulis komersial. Jadi, apabila mereka ada peluang untuk membaca lebih banyak pada harga yang murah, secara tidak langsung, pembaca dapat berkenalan dengan karya-karya penulis berorientasikan sastera.
"Jika setiap bulan, kita menetapkan bajet untuk membeli buku, jarang sekali buku-buku dari golongan penulis ini dipilih, melainkan kalau anda tahu ia bagus.
"Begitu juga dengan penulis tempatan. Mungkin selama ini, ramai yang tidak sanggup keluarkan RM30 hingga RM40 untuk beli sebuah buku. Tapi, bila harga buku murah, penulis juga dapat publisiti," tambah Andrew memberi pendapat.
Harga normal sebuah buku genre fiksyen dan bukan fiksyen ialah sekitar RM17.90 hingga RM29.90 sahaja. Lebih menarik, BookXcess turut menyediakan beberapa perkhidmatan seperti yang ditawarkan oleh gedung buku utama.
Perkhidmatan membalut buku sebagai hadiah, khidmat pelanggan dan sistem inventori berkomputer menjadi bonus kepada sesiapa yang berkunjung ke sana.
Pemain-pemain utama dalam industri buku tempatan sudah tentunya terasa 'tergugat' dengan kehadiran BookXcess. Tekanan dan aduan bertalu-talu daripada pesaing merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh pasangan ini.
"Mereka yang menganggap kami sebagai pesaing. Kami memang berada dalam industri buku. Tetapi, BookXcess mendukung hala tuju yang berbeza.
"Lagipun, kami tidak buat salah. Mereka cuma mengadu kepada pengedar dan penerbit. Tetapi, pengedar faham situasi ini dan mengapa wujudnya industri buku lebihan," jelas Andrew dengan terperinci.
Industri buku lebihan secara tidak langsung membantu melariskan buku yang terlebih cetak atau telah berada di pasaran selama enam bulan selepas tarikh ia dilancarkan. Malah, acara jualan buku Big Bad Wolf tempoh hari juga dikelolakan oleh Andrew and Jacqueline.
Kalau diikutkan, perniagaan buku lebihan tidaklah terlalu menguntungkan. Tetapi, pasangan ini percaya inisiatif mereka tidak akan sia-sia sekiranya komuniti pembaca semakin besar. - YEO LI SHIAN

Saturday, August 1, 2009

JUAL BUKU DI MUDAH.COM


(item ini saya dah berjaya jual di MUDAH)

Saya dah cuba 'listing' beberapa buku untuk dijual di MUDAH seperti buku novel, buku rujukan dan sebagainya sejak 2 minggu yang lalu. Setakat hari ini belum ada pembeli lagi. Saya pernah berjaya jual 'crutch'di MUDAH. Di antara buku-buku yang saya senaraikan di MUDAH:









PESTA BUKU SELANGOR 2009

Dah lama rupanya tak update blog ini, memandangkan kerja-kerja di pejabat semakin sibuk.

Pesta Buku Selangor diadakan di Komplek PKNS, Shah Alam dari 24Jul hingga 3Aug'09. Saya telah mengunjunginya 2 kali pada hari pertama dan sekali lagi pada 1Aug'09. Pada 1Aug saya sempat menghadiri 'Book Talk' oleh Dr Ridwan penulis buku 'Haji Muda' keluaran PTS.



Saya juga ternampak Dr Azman penulis buku 'jutawan sebelah rumah' tapi tak sempat menegurnya kerana telah hilang kelibatnya. Saya telah beli buku beliau melalui www.bookcafe.com Saya baru tahu beliau merupakan senior saya di MRSM KB dulu.

Saya membeli buku-buku keluaran PTS seperti solat duha, sedekah dan buku novel terbaru tulisan Dr Tuah kat Alaf 21.

Macam biasa saya mencari buku-buku murah untuk dijual semula. Saya jumpa kat DBP dan jumpa berkenalan dengan seorang pakar atau pembekal besar dalam bidang buku lama (terutamanya buku-buku keluaran syarikat penerbitan India Muslim). Saya akan menghubungi beliau kemudian.

Di antara buku-buku yang saya beli: