Thursday, March 8, 2012
KEDAI BUKU BERGERAK
Saya suka konsep kedai buku bergerak dan saya pernah memikirkannya. Rencana pendek ini saya petik dari blog www.shapiaimohdramly.blogspot.com (2009)
'Semasa menghadiri Pertemuan Penulis Serumpun sempat meninjau-ninjau kedai buku bergerak. Banyak juga buku-buku yang dijual termasuk buku ilmiah, sastera dan majalah.
Prof Dr. Abdullah Zakaria dan Kasim Tukiman nampaknya begitu teruja dengan lambakan buku dari sebuah van yang diubah suai menjadi 'kedai buku bergerak' itu.
Rasanya kalau di Malaysia sukar menjual buku begini, kerana budaya membaca masyarakat kita masih belum meluas. Di UTM sendiri memang ada van yang menjual beraneka akhbar dan majalah termasuk makanan jajan. Tapi untuk jualan buku seluruhnya belum ada lagi. Beberapa hari lepas akhbar Utusan Malaysia sendiri ada menyiarkan dapatan kajian yang menyatakan bahawa mahasiswa kita sendiri kurang membaca. Terutama bahan bacaan umum. Apa lagi bahan sastera dan sejarah'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment