Sunday, March 4, 2012

GARAGE SALE ANGGERIK MALL SHAH ALAM

Saya berniaga di Garage Sale, Anggerik Mall buat kali ketiga pada hari Ahad 4 Mac 2012. Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan sehingga saya tak sempat nak buku komputer saya. Saya dah dapat tempat yang agak cantik sejak hari Ahad lepas, terima kasih kepada urusetia yang bertungkus lumus memperkenalkan Garage Sale Anggerik Mall. Saya rasa suatu hari nanti ianya akan menjadi popular seperti Amcop Mall. Sejak minggu lepas saya dah mula menjual buku-buku agama, motivasi dan lain-lain dengan diskaun yang amat baik. Tak lupa saya sentiasa bawa buku-buku kanak-kanak (RM1@). Saya juga dah mula bawa komik-komik dan majalah. Saya mula nampak ada pengunjung setia ke Anggerik Mall dan ada juga pengunjung ke SACC yang singgah di Anggerik Mall. Anak saya Hakimi, setiap Ahad mesti nak ikut saya kerana dia dah ada ramai kawan dari kalangan anak-anak peniaga lain. Saya sentiasa menasihati mereka jangan keluar dari bangunan Anggerik Mall. Parking di sini juga agak murah seharian Ahad cuma RM2. Banyak lagi barangan menarik kat sini cuma kali ni tak sempat nak melawat gerai-gerai lain kerana agak sibuk di gerai sendiri. Nanti minggu depan saya tulis lagi



gerai saya dengan lambakan buku (di tepi eskalator)


gerai saya


gerai menjual baju Melayu dan baju pengantin terpakai (kat rumah pun ada banyak set baju Melayu yang masih elok dah tak pakai)


pinggan KFC, saya tak pernah tengok, katanya dari Singapura


meja ayam yang menarik (peniaga jiran)


senduk dari tanduk yang menarik (peniaga jiran)


senduk dari tanduk (peniaga jiran),saya pun meminatinya nak 'nego' lagi tu


jiran terdekat dengan pelbagai barangan seperti botol lama, gelas lama (minggu lepas saya beli gelas dan kadfon lama di sini)



Hakimi melawat gerai jualan duit lama, bimbang juga dia asyik bermain dengan 'pistol antik' takut terjatuh

No comments: