Friday, December 5, 2008

STRATEGI PALING BERKESAN UNTUK BERJAYA



Buku ini saya beli kat ebay pada 6/Dis/08. RM30 + penghantaran percuma. Yang menariknya ia dijual oleh penulis buku sendiri. Beliau merupakan seorang pensyarah (Prof) di UPM.

(Dari iklan beliau di ebay)
Tajuk: Strategi Paling Berkesan Untuk Berjaya. Anda ingin berjaya? Anda ingin kaya? Jika jawapan anda ‘Ya’, maka, buku ini adalah pilihan yang tepat untuk merealisasikan impian anda. Buku ini mengupas teknik dan formula unik yang diguna pakai oleh insan yang bergelar billionaire. Ubahlah diri anda dari keadaan anda sekarang kepada keadaan yang anda inginkan. Dari seorang yang biasa-biasa sahaja, kepada seorang yang luar biasa. Dari seorang yang takut kepada kejayaan, kepada seorang yang sentiasa mencuba pelbagai kaedah untuk berjaya, lebih berjaya dan terus berjaya. Biarlah sekuat mana dugaan datang melanda, anda tetap teguh dengan impian untuk berjaya. Tidak ada istilah kegagalan di dalam kamus kehidupan anda. Harga termasuk bayaran pos di Semenanjung Malaysia.

(dari blog beliau --> www.strategi-motivasi.blogspot.com

Buku ini membongkar:
*10 Tips Kejayaan Warren Buffett
*17 Rahsia Kejayaan Orang Paling Kaya di Dunia


10 Tips Kejayaan Warren Buffett
Tips #1: Laburkan Semula Keuntungan
Tips #2: Bersedia Untuk Mancari Kelainan
Tips #3: Tiada Istilah Penyesalan
Tips #4: Kenalpasti Matlamat Sebenar
Tips #5: Mengawal Perbelanjaan Kecil
Tips #6: Menghadkan Pinjaman
Tips #7: Jangan Berputus Asa
Tips #8: Tahu Bila Patut Berhenti
Tips #9: Taksir Risiko
Tips #10: Ketahui Maksud Kejayaan


17 Rahsia Kejayaan Orang Paling Kaya Di Dunia

Rahsia #1: Impian Menjadi Kenyataan
Rahsia #2: Matlamat Penyuluh Jalan Yang Gelap
Rahsia #3: Berani Untuk Berjaya
Rahsia #4: Usaha Gigih dan Jatidiri Tinggi
Rahsia #5: Berani Menerima Tanggungjawab
Rahsia #6: Berani Melakukan Perubahan
Rahsia #7: Berani Gagal
Rahsia #8: Jangan Pedulikan Apa Orang Kata
Rahsia #9: Kepercayaan Ibu bapa Pendorong Kejayaan Anak-Anak
Rahsia #10: Lain Dari Yang Lain
Rahsia #11: Membaca dan Menimba Ilmu Tonggak Kejayaan
Rahsia #12: Jangan Salah Pilih Kawan
Rahsia #13: Harungi Cabaran Walaupun Lautan Api
Rahsia #14: Lakukan Perkara Yang Anda Benar-Benar Faham
Rahsia #15: Yakin Boleh!
Rahsia #16: Beraksi Seperti Telah Berjaya
Rahsia #17: Orang Biasa, Cara Luar Biasa, Pasti Berjaya!


PENULIS

Zulkarnain M.S., PhD, CA(M), adalah Profesor Madya/Pensyarah perakaunan di Universiti Putra Malaysia. Beliau banyak membuat penyelidikan dan penulisan berkaitan tadbirurus korporat, perniagaan dan perakaunan.

No comments: