Sunday, December 28, 2008

ASAM GARAM GULA DAN KOPI




Buku ini telah dijual di ebay pada 18/12/08 dengan harga RM5 + RM2 kos penghantaran. Saya telah mengeposnya lebih awal. Pembelinya dari KL. Malangnya sampai hari ini 28/12/08 pembeli masih belum menerimanya. Ini adalah pengalaman pertama saya (barang tak diterima pembeli). Saya telah berjanji untuk mengembalikan wangnya tetapi nampaknya beliau tidak menggunakan akaun Maybank. Saya terpaksa mengdeposit ke akaun Bank Islam beliau.


'Listing' asal di ebay:

Keadaan baik.

Tajuk buku: ASAM GARAM GULA & KOPI

Penulis: ABDUL JALIL ALI

Penerbit: ALAF 21

Cetakan: 2005

Mukasurat: 296

SINOPSIS:

Setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini bermula dari angka sifar. Begitu juga ibaratnya sebuah perkahwinan. Bertatih dari tingkat pertama hinggalah berjaya membina sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia.

Buku ini merupakan kompilasi pelbagai cerita dari Majalah Pesona Pengantin dan Majalah Seri Dewi & Keluarga tentang gelagat lelaki dan wanita sebelum dan selepas menempuh alam perkahwinan.

No comments: