Saturday, January 26, 2013

KEDAI BUKU DAN ALATULIS UNTUK DIJUAL

Sekarang ni nampaknya iklan kedai buku untuk dijual agak berkurangan. Iklan di bawah ini saya jumpa di www.mudah.my pada 26/1/13. Cuma kedai ni nampak banyak alatulis dari buku. Price: RM 55 000 -Bisnes kedai dan alatulis -Lokasi Bandar Putra Permai Seri Kembangan -Lokasi strategik pusat perniagaan dikelilingi kawasan perumahan. -Tiada pesaing di kawasan tersebut -Bersebelahan res.24 jam dan kawasan tumpuan penduduk berbelanja -sewa kedai serendah rm800 sahaja -Barang alatulis complete dan banyak -Mesin potostat, laminate, binding,heavy duty stapler, heavy cutter sudah ada -Gondola rak , rak buku, rak majalah, offer bin rak, rak kertas, rak kaca dan kaunter dah ada -aircond juga diberi -PC serta POS system dan printer turut diberi -stok buku2 agama dan latihan sekolah juga ada diberi -stok greeting card juga diberi -Beli dan terus niaga -Kalau berminat hendak beli barang sahaja pun boleh -sebab saya hendak jual..tak boleh handle ade bisnes lain nak diuruskan 

www.mudah.my/ahalimismail www.mudah.my/majalahbuku www.mudah.my/ahbook

Friday, January 25, 2013

TINTA PUBLISHER

Berikut adalah antara buku-buku terbitan Tinta Publisher (gambar-gambar dari blog penerbit)

Tuesday, January 22, 2013

SIMPAN RAPI MAJALAH LAMA

Saya suka rencana ini, jadi saya 'pinjam' dan letak kat blog saya. Tks Utusan Malaysia Online SIAPA sangka bahan bacaan seharian kita seperti majalah hiburan atau gaya hidup mampu dijadikan satu khazanah berharga suatu hari nanti. Majalah yang dulunya hanya bernilai 50 sen senaskhah kini ada pembeli yang sanggup melabur puluhan hingga ratusan ringgit! Itulah realiti yang dihadapi Japri Din, 44, apabila ada kenalannya yang sanggup menyerahkan sejumlah besar wang demi majalah usang miliknya tetapi tidak dilayan Japri kerana menyayangi koleksinya itu. Melihat kepada koleksi majalah milik Japri antaranya majalah Wanita, Suasana Bintang Film, Muzik & Filem, Utusan Radio & TV serta URTV, timbul rasa kagum atas kesungguhannya memelihara bahan bacaan tersebut. Ada yang berusia sehingga 50 tahun! Cerita Japri, hobi menyimpan majalah lama bermula secara tidak sengaja kerana dia sememangnya seorang yang rapi dalam menyimpan barang. "Antara majalah yang sememangnya disimpan dari dulu ialah majalah URTV kerana ia sememangnya bahan bacaan kami di usia remaja. "Kemudian, saya membeli majalah-majalah hiburan lama yang lain kerana pada asalnya mahu mencari rujukan berkenaan album piring hitam yang saya kumpul. Minat"Lama-lama, minat menyimpan majalah lama turut bercambah melihat kepada keunikan cara penyampaian berita serta susun letak muka suratnya yang menarik. "Majalah-majalah yang ada zaman sekarang juga berkemungkinan akan menjadi khazanah yang amat berharga di masa hadapan," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Meru, Klang, baru-baru ini. Ceritanya, dia tertarik dengan evolusi penyampaian berita serta isi kandungan sesuatu majalah apabila ada majalah yang kini sering memaparkan wajah artis pada muka depan sedangkan suatu ketika dulu wajah orang ternama menjadi penghias muka depan. Majalah Wanita keluaran April 1976 yang memaparkan wajah isteri Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn iaitu Tun Suhaila Tan Sri Mohamed Noah antara koleksi berharga miliknya. Selain itu, ketelusan cara penyampaian berita majalah pada zaman dahulu serta keberanian mereka memaparkan pelbagai isu menarik minatnya. Menurut Japri, selain majalah, dia memiliki kira-kira 1,000 keping piring hitam dari tahun 1950-an dan pelbagai lagi barang antik seperti perabot, set pinggan mangkuk, barangan tembaga, radio dan pelbagai lagi. Hobinya memburu barang antik membawa dia ke merata tempat sehingga ke pelosok kampung dan dia turut berkongsi minat dengan orang ramai apabila turut menjualnya jika mempunyai koleksi berlebihan. UTUSAN MALAYSIA 22/7/2012

Monday, January 21, 2013

KEDAI BUKU TERPAKAI DI MERSING

MERSING - “Setiap buku mempunyai ilmu dan petua tersendiri, jika sekadar disimpan dalam almari dan tidak dikongsi ia akan jadi sia-sia”. Bait ayat yang dibaca dalam laman sosial membuatkan hati pemilik YgLain Enterprise, Amran Salleh, 45, tersentuh dan nekad membuka kedai buku dan majalah terpakai yang terletak di terminal bas di daerah ini. Terletak di lokasi strategik, membolehkan orang ramai termasuk pelancong yang menunggu bas atau teksi memanfaatkan masa dengan membaca bahan bacaan yang dijual. Menurutnya, minat terhadap bahan penulisan ini lahir sejak zaman sekolah lagi apabila dia mula menyimpan koleksi novel, komik, dan majalah yang dibeli. “Selain menjual buku koleksi peribadi, kebanyakan novel dan majalah yang dijual merupakan sumbangan orang ramai dan ada di antaranya yang baru dibeli. “Memang pada mulanya terbit rasa sayang untuk menjual koleksi simpanan, tetapi niat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain, saya rela menjualnya”, katanya kepada Sinar Harian. Amran berkata, kedai yang baru beroperasi awal bulan ini adalah yang pertama menjual buku terpakai di daerah tersebut. Jelasnya, walaupun masih baru dibuka, penjualan buku terpakai ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. “Saya mempunyai koleksi jualan sebanyak 200 buku antaranya koleksi penulis novel, Eyman Hykal, Aleya Sofea, Ramlee Awang Murshid, dan Norzailina Nordin,” katanya. Ketika ditanya mengenai strategi pemasaran, Amran berkata, dia menggunakan laman sosial Facebook untuk membantu melancarkan proses penjualan bukunya. Menurutnya, kedainya menawarkan perkhidmatan mengepos buku di seluruh negara ini. “Selain itu, kami juga membeli novel terpakai dengan separuh harga daripada kenalan yang ingin menjual koleksi peribadi masing- masing,” katanya. Jelasnya, dia berimpian untuk mengetengahkan identiti Mersing kepada pelancong luar yang datang ke sini dengan menghasilkan barang kraftangan melambangkan produk Mersing seperti baju, alat perhiasan dan rantai kunci. Tambahnya, ia masih dalam perancangan dan berharap dengan cara ini dia dapat membantu meningkatkan ekonomi sektor pelancongan memperkenalkan Mersing kepada masyarakat luar. Nota: Rencana ini saya ambil dari Sinar Harian, 18/12/12

Tuesday, January 15, 2013

JUALAN GUDANG BUKU DEWAN BAHASA PUSTAKA

Hari ini 15-Jan-2013 saya sempat melawat jualan gudang buku terbitan Dewan Bahasa Pustaka di Dawama, AU3. Saya membeli buku-buku terbitan 2002 ke bawah dengan diskaun sebanyak 70%. Hari jualan terakhir ialah pada 16-Jan-2013. Inilah kali pertama saya membeli terus dari Dawama. Biasanya saya membeli semasa pesta buku di PWTC atau pesta buku Selangor. Saya beli kesemuanya RM198.20 selepas diskaun (68 buku)



Ensiklopedia sejarah dan kebudayaan melayu

Telah dijual secara COD melalui www.mudah.my/majalahbuku

Set lengkap Jilid 1 hingga Jilid 5

Keadaan sangat baik

Terbitan DBP 1999, kulit keras

Jilid 1: A ke E, 1 ke 723 m/s

Jilid 2: F ke L, 724 ke 1375 m/s

Jilid 3: M ke Q, 1376 ke 2003 m/s

Jilid 4: R ke Z, 2004 ke 2634 m/s

Jilid 5: Indeks, 273 m/s

Keadaan sangat baik, bersama kotak asal, berat hampir 7.2kg

RM300 termasuk pos parcel di Semenajung Malaysia. Jika Sabah/Sarawak ada tambahan kos untuk pos parcel udara

012 6630530