Thursday, June 20, 2013

KENANGAN BERSAMA NOVEL HUT SHAH ALAM


Nota: rencana ini saya ambil dari www.sensasi.net pada 21/6/2013, terima kasih. Ianya mengingatkan saya kembali kenangan bersama kedai Novel Hut dan tuan punyanya Mr Alan di Taman Sri Muda, Shah Alam. Mungkin saya adalah bekas regular customer setiap ke saat akhir (kedai ni telah ditutup), saya juga beli sebahagian dari rak-rak buku beliau. Secara tak formal saya banyak belajar selok belok perniagaan buku terpakai dari pengalaman dari beliau. 

Buku Dan Majalah Lama Di Novelhut

Admin | 9/06/2011 |
Sekiranya anda penggemar buku-buku lama atau memang mencari koleksi majalah dan buku lama, maka anda harus ke Seksyen 25, Shah Alam Selangor. Kerana di situ terdapat sebuah kedai buku dan majalah lama, NovelHut. Pemiliknya En.Alan sewaktu ditemui malaysiasensasi mengatakan bahawa beliau mempunyai banyak koleksi buku dan majalah lama yang merangkumi buku pelajaran, komik, majalah hiburan, novel inggeris, novel melayu, dan banyak lagi bahan bacaan sukar ditemui - malaysiasensasi.net


En.Alan Pemilik Kedai NovelHut

Tuesday, June 11, 2013

Friday, June 7, 2013

50 NOVEL MELAYU TERBITAN ALAF 21

Saya kira iklan ini adalah iklan saya yang paling berjaya di www.mudah.my/majalahbuku.
Saya iklankan semasa saya nak pindahkan buku-buku saya dari rumah buku ke sebuah kedai yang berdekatan dengan rumah saya di Saujana Puchong. Saya dapat jual hampir 10 set dari awal Feb'13 hingga akhir April'13 gitu


IKLAN ASAL 

Saya tawarkan 50 buah novel terpakai terbitan ALAF21 dalam keadaan masih baik.

Harganya RM250 (purata RM5 sebuah). Untuk tawaran ini kena beli kesemuanya 50 novel sekaligus, bukan untuk jualan satu satu buku. Sesuai untuk jualan semula atau untuk perpustakaan sendiri atau projek kemasyarakatan. Masa terhad. Saya mungkin tukar beberapa tajuk novel. Gambar adalah sebagai rujukan sahaja

Kos pos parcel untuk Semenanjung adalah RM30. Kalau Sabah Sarawak ada tambahan lagi untuk kos pos parcel udara. Saya boleh hantar sendiri jika di sekitar Shah Alam, Puchong, Putrajaya.

Halim 012 6630530

Di antara tajuk novel
1.Badai dihati
2.Demi kasih
3.ke mana hatimu
4 cinta hati kita
5 inikah cinta
6 pesona rindu
7 sukma rindu
8 kala rindu bersatu
9 selaut rindu
10 impian kasih
11 salju kasih
12 sentuhan cinta
13 cinta eliyana
14 cinta mekar dihati
15 cuma dia
16 kuserah kasih
17 emilia zulaikha






18 kau kekasihku
19 sebening rindu
20 tiada noktah cinta
21 rindu semalam
22 hamparan kasih
23 cinta rahsia
24 atas nama cinta
25 kuseru namamu
26 senafas rindu
27 nilai cintamu
28 original
29 janji kasih
30 lakaran kasih
31 mencari abadi
32 kabus kasih
33 meniti mimpi
34 dakapan rindu
35 makna cinta
36 janjiku bersamamu
37 camar yg pergi
38 ku pohon kasih
39 rela ku menanti
40 mahligai cinta
41 fantasia romantika
42 izinkan ku bahagia
43 cintamu dihati
44. Rindu yg pergi
45 seindah memori
46 mencari cinta
47 lagu rindu
48 kisah kasih
49 hatimu untuk siapa
50 arca kasih
51 lafazkan cintamu
52 bahtera kasih
53 pasrah kasih

Sunday, February 24, 2013

RICHARD MIER ARCHITECT

Buku ini telah dijual melalui www.mudah.my/ahalimismail pada 25 Feb 2013 Iklan asal saya: Good architecture book Published in 2004, 432 pages, over 500 illustrations, good condition Original price RM220 My price is RM100 including post parcel (for Sabah/Sarawak toral RM110 including post parcel by air) Description: Accompanying a major exhibition organized by the Museum of Contemporary Art, Los Angeles (and traveling throughout the world), this exquisitely designed and produced catalog explores the formal aspects of Richard Meier's architecture. Over his thirty-five-year career, Meier has produced a body of work that is recognized for its unceasing pursuit of the ideals of modernism and its sensitive handling of urban contexts. This volume, illustrated with exceptional duotone photographs and Meier's own drawings, is the first to cover his entire career. Included are twenty-four of the architect's masterworks, including the Smith House in Darien, Connecticut; the Douglas House, on the shores of Lake Michigan; the Museum for Decorative Arts in Frankfurt; the Canal+ Headquarters in Paris; the Museum of Contemporary Art in Barcelona; and the Getty Center in Los Angeles. Current projects -- the Federal Courthouse in Phoenix, Arizona, and the Church of the Year 2000 in Rome -- are also presented. Dozens of Meier's original sketches -- most never before published -- illustrate all of the designs. Essays by noted historians and scholars offer 

Halim 012 6630530 

Saturday, January 26, 2013

KEDAI BUKU DAN ALATULIS UNTUK DIJUAL

Sekarang ni nampaknya iklan kedai buku untuk dijual agak berkurangan. Iklan di bawah ini saya jumpa di www.mudah.my pada 26/1/13. Cuma kedai ni nampak banyak alatulis dari buku. Price: RM 55 000 -Bisnes kedai dan alatulis -Lokasi Bandar Putra Permai Seri Kembangan -Lokasi strategik pusat perniagaan dikelilingi kawasan perumahan. -Tiada pesaing di kawasan tersebut -Bersebelahan res.24 jam dan kawasan tumpuan penduduk berbelanja -sewa kedai serendah rm800 sahaja -Barang alatulis complete dan banyak -Mesin potostat, laminate, binding,heavy duty stapler, heavy cutter sudah ada -Gondola rak , rak buku, rak majalah, offer bin rak, rak kertas, rak kaca dan kaunter dah ada -aircond juga diberi -PC serta POS system dan printer turut diberi -stok buku2 agama dan latihan sekolah juga ada diberi -stok greeting card juga diberi -Beli dan terus niaga -Kalau berminat hendak beli barang sahaja pun boleh -sebab saya hendak jual..tak boleh handle ade bisnes lain nak diuruskan 

www.mudah.my/ahalimismail www.mudah.my/majalahbuku www.mudah.my/ahbook

Friday, January 25, 2013

TINTA PUBLISHER

Berikut adalah antara buku-buku terbitan Tinta Publisher (gambar-gambar dari blog penerbit)

Tuesday, January 22, 2013

SIMPAN RAPI MAJALAH LAMA

Saya suka rencana ini, jadi saya 'pinjam' dan letak kat blog saya. Tks Utusan Malaysia Online SIAPA sangka bahan bacaan seharian kita seperti majalah hiburan atau gaya hidup mampu dijadikan satu khazanah berharga suatu hari nanti. Majalah yang dulunya hanya bernilai 50 sen senaskhah kini ada pembeli yang sanggup melabur puluhan hingga ratusan ringgit! Itulah realiti yang dihadapi Japri Din, 44, apabila ada kenalannya yang sanggup menyerahkan sejumlah besar wang demi majalah usang miliknya tetapi tidak dilayan Japri kerana menyayangi koleksinya itu. Melihat kepada koleksi majalah milik Japri antaranya majalah Wanita, Suasana Bintang Film, Muzik & Filem, Utusan Radio & TV serta URTV, timbul rasa kagum atas kesungguhannya memelihara bahan bacaan tersebut. Ada yang berusia sehingga 50 tahun! Cerita Japri, hobi menyimpan majalah lama bermula secara tidak sengaja kerana dia sememangnya seorang yang rapi dalam menyimpan barang. "Antara majalah yang sememangnya disimpan dari dulu ialah majalah URTV kerana ia sememangnya bahan bacaan kami di usia remaja. "Kemudian, saya membeli majalah-majalah hiburan lama yang lain kerana pada asalnya mahu mencari rujukan berkenaan album piring hitam yang saya kumpul. Minat"Lama-lama, minat menyimpan majalah lama turut bercambah melihat kepada keunikan cara penyampaian berita serta susun letak muka suratnya yang menarik. "Majalah-majalah yang ada zaman sekarang juga berkemungkinan akan menjadi khazanah yang amat berharga di masa hadapan," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Meru, Klang, baru-baru ini. Ceritanya, dia tertarik dengan evolusi penyampaian berita serta isi kandungan sesuatu majalah apabila ada majalah yang kini sering memaparkan wajah artis pada muka depan sedangkan suatu ketika dulu wajah orang ternama menjadi penghias muka depan. Majalah Wanita keluaran April 1976 yang memaparkan wajah isteri Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn iaitu Tun Suhaila Tan Sri Mohamed Noah antara koleksi berharga miliknya. Selain itu, ketelusan cara penyampaian berita majalah pada zaman dahulu serta keberanian mereka memaparkan pelbagai isu menarik minatnya. Menurut Japri, selain majalah, dia memiliki kira-kira 1,000 keping piring hitam dari tahun 1950-an dan pelbagai lagi barang antik seperti perabot, set pinggan mangkuk, barangan tembaga, radio dan pelbagai lagi. Hobinya memburu barang antik membawa dia ke merata tempat sehingga ke pelosok kampung dan dia turut berkongsi minat dengan orang ramai apabila turut menjualnya jika mempunyai koleksi berlebihan. UTUSAN MALAYSIA 22/7/2012

Monday, January 21, 2013

KEDAI BUKU TERPAKAI DI MERSING

MERSING - “Setiap buku mempunyai ilmu dan petua tersendiri, jika sekadar disimpan dalam almari dan tidak dikongsi ia akan jadi sia-sia”. Bait ayat yang dibaca dalam laman sosial membuatkan hati pemilik YgLain Enterprise, Amran Salleh, 45, tersentuh dan nekad membuka kedai buku dan majalah terpakai yang terletak di terminal bas di daerah ini. Terletak di lokasi strategik, membolehkan orang ramai termasuk pelancong yang menunggu bas atau teksi memanfaatkan masa dengan membaca bahan bacaan yang dijual. Menurutnya, minat terhadap bahan penulisan ini lahir sejak zaman sekolah lagi apabila dia mula menyimpan koleksi novel, komik, dan majalah yang dibeli. “Selain menjual buku koleksi peribadi, kebanyakan novel dan majalah yang dijual merupakan sumbangan orang ramai dan ada di antaranya yang baru dibeli. “Memang pada mulanya terbit rasa sayang untuk menjual koleksi simpanan, tetapi niat untuk berkongsi ilmu dengan orang lain, saya rela menjualnya”, katanya kepada Sinar Harian. Amran berkata, kedai yang baru beroperasi awal bulan ini adalah yang pertama menjual buku terpakai di daerah tersebut. Jelasnya, walaupun masih baru dibuka, penjualan buku terpakai ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. “Saya mempunyai koleksi jualan sebanyak 200 buku antaranya koleksi penulis novel, Eyman Hykal, Aleya Sofea, Ramlee Awang Murshid, dan Norzailina Nordin,” katanya. Ketika ditanya mengenai strategi pemasaran, Amran berkata, dia menggunakan laman sosial Facebook untuk membantu melancarkan proses penjualan bukunya. Menurutnya, kedainya menawarkan perkhidmatan mengepos buku di seluruh negara ini. “Selain itu, kami juga membeli novel terpakai dengan separuh harga daripada kenalan yang ingin menjual koleksi peribadi masing- masing,” katanya. Jelasnya, dia berimpian untuk mengetengahkan identiti Mersing kepada pelancong luar yang datang ke sini dengan menghasilkan barang kraftangan melambangkan produk Mersing seperti baju, alat perhiasan dan rantai kunci. Tambahnya, ia masih dalam perancangan dan berharap dengan cara ini dia dapat membantu meningkatkan ekonomi sektor pelancongan memperkenalkan Mersing kepada masyarakat luar. Nota: Rencana ini saya ambil dari Sinar Harian, 18/12/12

Tuesday, January 15, 2013

JUALAN GUDANG BUKU DEWAN BAHASA PUSTAKA

Hari ini 15-Jan-2013 saya sempat melawat jualan gudang buku terbitan Dewan Bahasa Pustaka di Dawama, AU3. Saya membeli buku-buku terbitan 2002 ke bawah dengan diskaun sebanyak 70%. Hari jualan terakhir ialah pada 16-Jan-2013. Inilah kali pertama saya membeli terus dari Dawama. Biasanya saya membeli semasa pesta buku di PWTC atau pesta buku Selangor. Saya beli kesemuanya RM198.20 selepas diskaun (68 buku)



Ensiklopedia sejarah dan kebudayaan melayu

Telah dijual secara COD melalui www.mudah.my/majalahbuku

Set lengkap Jilid 1 hingga Jilid 5

Keadaan sangat baik

Terbitan DBP 1999, kulit keras

Jilid 1: A ke E, 1 ke 723 m/s

Jilid 2: F ke L, 724 ke 1375 m/s

Jilid 3: M ke Q, 1376 ke 2003 m/s

Jilid 4: R ke Z, 2004 ke 2634 m/s

Jilid 5: Indeks, 273 m/s

Keadaan sangat baik, bersama kotak asal, berat hampir 7.2kg

RM300 termasuk pos parcel di Semenajung Malaysia. Jika Sabah/Sarawak ada tambahan kos untuk pos parcel udara

012 6630530