Wednesday, March 14, 2012

ERTI SEBUAH PERTEMUAN: DUA BUKU TAJUK SAMA


erti sebuah pertemuan oleh Nor Azhani Amiruddin


erti sebuah pertemuan oleh Siti Zubaidah Haris

Sunday, March 11, 2012

GARAGE SALE ANGGERIK MALL 11 MAC 2012


selamat datang ke Garage Sale Anggerik Mall


Baru sampai, penuh bonet, kasihan kat Livina


Tapak saya, di tepi elevator, sebahagian barang dah angkat



dah pasang meja lipat dan bunting



pasang papan


pasang kain, lambakkan buku


gerai jiran



gerai jiran


gerai jiran


menarik betul sourvenir coke ni, tuannya kata tak nak jual, cuma untuk pameran


saya beli kadfon DIGI coke ni


tak perasan pula dah tengok ke belum majalah aktual sebelum ni

Thursday, March 8, 2012

KEDAI BUKU BERGERAK



Saya suka konsep kedai buku bergerak dan saya pernah memikirkannya. Rencana pendek ini saya petik dari blog www.shapiaimohdramly.blogspot.com (2009)

'Semasa menghadiri Pertemuan Penulis Serumpun sempat meninjau-ninjau kedai buku bergerak. Banyak juga buku-buku yang dijual termasuk buku ilmiah, sastera dan majalah.

Prof Dr. Abdullah Zakaria dan Kasim Tukiman nampaknya begitu teruja dengan lambakan buku dari sebuah van yang diubah suai menjadi 'kedai buku bergerak' itu.
Rasanya kalau di Malaysia sukar menjual buku begini, kerana budaya membaca masyarakat kita masih belum meluas. Di UTM sendiri memang ada van yang menjual beraneka akhbar dan majalah termasuk makanan jajan. Tapi untuk jualan buku seluruhnya belum ada lagi. Beberapa hari lepas akhbar Utusan Malaysia sendiri ada menyiarkan dapatan kajian yang menyatakan bahawa mahasiswa kita sendiri kurang membaca. Terutama bahan bacaan umum. Apa lagi bahan sastera dan sejarah'

Sunday, March 4, 2012

GARAGE SALE ANGGERIK MALL SHAH ALAM

Saya berniaga di Garage Sale, Anggerik Mall buat kali ketiga pada hari Ahad 4 Mac 2012. Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan sehingga saya tak sempat nak buku komputer saya. Saya dah dapat tempat yang agak cantik sejak hari Ahad lepas, terima kasih kepada urusetia yang bertungkus lumus memperkenalkan Garage Sale Anggerik Mall. Saya rasa suatu hari nanti ianya akan menjadi popular seperti Amcop Mall. Sejak minggu lepas saya dah mula menjual buku-buku agama, motivasi dan lain-lain dengan diskaun yang amat baik. Tak lupa saya sentiasa bawa buku-buku kanak-kanak (RM1@). Saya juga dah mula bawa komik-komik dan majalah. Saya mula nampak ada pengunjung setia ke Anggerik Mall dan ada juga pengunjung ke SACC yang singgah di Anggerik Mall. Anak saya Hakimi, setiap Ahad mesti nak ikut saya kerana dia dah ada ramai kawan dari kalangan anak-anak peniaga lain. Saya sentiasa menasihati mereka jangan keluar dari bangunan Anggerik Mall. Parking di sini juga agak murah seharian Ahad cuma RM2. Banyak lagi barangan menarik kat sini cuma kali ni tak sempat nak melawat gerai-gerai lain kerana agak sibuk di gerai sendiri. Nanti minggu depan saya tulis lagi



gerai saya dengan lambakan buku (di tepi eskalator)


gerai saya


gerai menjual baju Melayu dan baju pengantin terpakai (kat rumah pun ada banyak set baju Melayu yang masih elok dah tak pakai)


pinggan KFC, saya tak pernah tengok, katanya dari Singapura


meja ayam yang menarik (peniaga jiran)


senduk dari tanduk yang menarik (peniaga jiran)


senduk dari tanduk (peniaga jiran),saya pun meminatinya nak 'nego' lagi tu


jiran terdekat dengan pelbagai barangan seperti botol lama, gelas lama (minggu lepas saya beli gelas dan kadfon lama di sini)



Hakimi melawat gerai jualan duit lama, bimbang juga dia asyik bermain dengan 'pistol antik' takut terjatuh

HUIYO BAZAAR PLAZA ALAM SENTRAL





Saya menyertai Huiyo Bazaar buat pertama kali pada 3 Mac 2012. Ianya diadakan di tingkat dua, Plaza Alam Sentral, Shah Alam berhadapan kedai Hot Market. Jam 10 pagi hingga 8 malam. Saya cuma buat jualan pada hari Sabtu sahaja. Saya cuba menjual buku-buku kanak-kanak, komik dan buku terpakai dengan harga serendah RM1 sahaja. Agak ramai juga pengunjung ke sana terutama di kawasan tingkat bawah (ada karnival pengantin) dan tingkat tiga atau empat tempat jualan gadget elektonik. Barangan yang sesuai di sini adalah jenis-jenis aksesori wanita dan seumpamanya.

GARAGE SALE ANGGERIK MALL SHAH ALAM



Mula berniaga di Garage Sale, Anggerik Mall, Shah Alam pada 19 Feb 2012 dari jam 10pagi hingga 6 petang. Kali ni cuba dulu berniaga buku-buku kanak-kanak pra sekolah dengan harga serendah RM1 setiap satu. Mendapat sambutan yang menggalakkan termasuk dari penjual-penjual yang lain. Di bantu oleh anak saya Hakimi. Jemputlah beramai-ramai ke Anggerik Mall. Insyallah saya akan berada di sana setiap hari Ahad