(saya pernah buat 'posting' kat forum www.majalah.com mengenai buku yang pernah dibaca pada 5/May/10 dan berjaya mengumpul sebanyak 56 komen sehingga komen terkini 18/Nov setelah hampir 1.5 tahun, berikut saya sertakan kesemuanya kat blog saya untuk kenangan)
Buku Yang Best Pernah Dibaca?
Wed 5/May/10, 11:20am
Buku apa yang Tuan & Puan pernah baca dan rasa best dan memberi kesan dalam kehidupan seharian atau pekerjaan.
Buku yang best saya pernah baca adalah buku The Goal, buku ini berbentuk 'Self-Help' tetapi ditulis dalam gaya cerita/novel. Ianya menceritakan kisah seorang pengurus yang bertungkus lumus menyelamatan syarikatnya (kilang) dari berterusan kerugian dan seterusnya 'turn over' menjadi sebuah syarikat yang sangat menguntungkan. Cerita ini juga diselitkan dengan kisah rumahtangganya. Bagi saya buku ini sangat baik untuk 'leader' yang bekerja di syarikat pengilangan terutamanya.
1.Rahman - 06 May 2010, 7:50am
1) The Road Ahead - Bill Gates sekitar tahun 1998
2) Seven Habits of highly Effective people - Stephen Covey
3) Yg ni belum baca lagi tapi review sgt baik dari ramai org & saya nak cari & baca:
Think & Grow Rich - Napoleon Hill
2.Rina Kamaruddin - 06 May 2010, 10:24am
The art of closing sales from brian tracy yg mengubah persepsi saya terhadap marketing....
selama ni saya berkerja admin, merungut gaji tak cukup... dan takder improvement...
bila diberi peluang berkecimpung dalam bidang pemasaran memberi peluang pada saya mengaut keuntungan yg agak lumayan....
3.Nea - 08 May 2010, 8:26pm
Banyak buku menarik yang pernah dibaca.... Kawan-kawan minat x baca buku yang mempunyai fakta yang menarik? Contohnya....
i. Katak tak pernah minum air
ii. Di Hawaii tak dibenarkan ketawa selepas pukul 10 mlm....
Minat tak? Klu minat, dapatkan buku Trivia. Buku ni takde kat pasaran luar. Ditulis oleh Zulkifli Ismail.... Pelakon gerak khas tu.
Hubungi saya di duagoent@yahoo.com
4.Naza 3 - 11 May 2010, 3:20pm
BRING OUT YOUR MIGIC MIND...penulis dah lupa tapi dah tak de jual kat kedai buku di Malaysia...nak carik kat London atau US je...itupun nasib le...dicetak tahun 1978...semua jutawan dunia memiliki buku ini...kat negara kita saya tau sorang je yang ada buku ni...saya dah baca...WOW...cukup luarbiasa...bila dipraktiskan....lagi luarbiasa...
5.Laduni - 12 May 2010, 7:49am
Sebuah Ebook penting untuk ibu bapa telah dilancarkan kelmarin iaitu bertajuk Rahsia Anak Pintar dijual di - www.RahsiaAnakPintar.com
6.Hellibra2 - 13 May 2010, 6:42pm
Salam, saya ada beli sebuah buku setebal 200 ms, tapi sebenarnya takde pun ms, buku tu kosong, takde sebiji pun huruf di dalamnya. Saya beli sbb dia pelik, tajuk "What Men Know About Women". Review buku tu memang serious dan lawak gak, tapi isi dia blank! Itu antara koleksi buku yg saya sayang tp anak sedara dah conteng2 dlm yg memang kosong tu...hampeh bebudak ni.
7.Nameaziz - 13 May 2010, 10:45pm
Cuma baca buku MAMA, ADIK NAMPAK HANTU. Buku cerita seram yang menarik. Kalau nak dapatkan buku ini sila hubungi 0102117870.
8.Abdul Halim Ismail - 15 May 2010, 10:58am
Saya juga suka baca buku2 novel bercorakkan kisah benar pengembaraan atau bercorak sejarah seperti buku tulisan Norzailina Nordina bertajuk Arjuna Hati
9.Tabrahman - 20 May 2010, 10:58pm
salaam...buku tasauf yang memantau nafsu kita..sbagai contoh macam mane nak jaga hati,mata,telinga,lidah, mulut,tangan,kaki.insyaallah selepas baca buku ni kita tak lagi sombong,bangga diri terasa kita aje hebat,kita terasa kita ni hina disisi Allah.tapi kalau masih lagi takde perubahan..carilah jawapan sendiri.. saya tak boleh buruk sangka sesama insan
10.Abdul Halim Ismail - 21 May 2010, 10:37am
Wsalam terima kasih Tabrahman, barulah saya paham sikit2 bab Tasauf ni... saya suka..
11.Tabrahman - 21 May 2010, 3:55pm
salaam..alhamdulillah..saudara respond pd komen saya.saya ikhlas beritau ape yg saya tau..itu pun cume sedikit ilmu yg saya ade.saya teringat satu hadis maaf kalau bukan hadis yg brmaksud'' sampaikan walaupun satu ayat''.
12.Hellibra2 - 25 May 2010, 10:49pm
Salam, salah satu buku yg saya ingat sangat kandungannya bertajuk 'The Difficult Journey' tapi lupa nama penulis. Kisah tentang pengembaraan seorang mualaf Inggeris dari England menuju ke Tanah Suci berbekalkan sedikit je wang di saku dan selebihnya tawakal. Saya kagum dgn kecekalan dan keyakinan beliau kpd ketentuan dan ujian Allah dan kesabaran beliau menempuh segala adventure samada dalam perjalanan darat, udara atau air, menghadapi pelbagai dugaan, kesukaran dan juga humor dalam usahanya utk sampai ke Tanah suci. Walau dlm sukar mana sekalipun, keimanan beliau kepada Allah Subhanallah tak pernah goyah sebaliknya bertambah kukuh.
13.Faridah Zainol - 26 May 2010, 5:30pm
Salam.
Buku berjudul 'WHAT THEY DON'T TEACH YOU AT HARVARD BUSINESS SCHOOL' tulisan Mark H. McCormack
14.Abdul Halim Ismail - 29 May 2010, 5:38pm
Wsalam, Hellibra2, saya pernah dengar pasal buku tu, insyaallah saya akan baca sebelum ke Mekah
15.Tabrahman - 01 Jun 2010, 10:21am
Alhamdulillah sdr halim nak ke mekah..haji ke umrah.sdr bleh baca ape ape buku mengenai haji umrah semuanya saya fikir bermaklumat.cume kalau bleh saya nak berpesan..pertama saya berpesan pd diri sndiri dn seterusnya kpd bakal2 haji/umrh.
pergi haji/umrah mudah.. ade duit,sihat tubuh badan..dpt kelulusan tabung haji ok dah. kerja haji rukun dn wajib insyaallah mudah..dapt title haji mudah tapi...nak jaga haji selepas blek dri mekah...ha ini perlu kekuatan dalaman..macam mane nak jage solat berjamaah dimasjid atau surau tiap2 waktu, macam mane nak jage dari sifat cepat marah, macam mane nk jage dri sifat kesombongn,macam mane nk jage diri sentiasa tutup aurat, jage hubungan baik dgn anak istri,jiran2...dan lain2 sifat terpuji..mesti ade perobahan.kalau semua sifat terpuji dpt kita jage, insyaallah Allah akn sayang kita..semua urusan dunia kita jadi mudah dan mudah2an urusan akhirat lagi mudah.saya minta maaf banyak2 kalau tulisan ini tidak menyenangkn sdr atau sesiapa saje yg membaca. wallahu'lam
16.Abdul Halim Ismail - 03 Jun 2010, 2:57pm
tks Sdr Tabrahman, saya suka tulisan ini, sebenarnya nak pergi haji tu maksud saya suatu hari nanti bukan tahun ni.
17.Sara 8 - 03 Jun 2010, 3:58pm
Buku mengenai cara menjana pendapatan iaitu kuasa forex yang boleh didapati di http://www.kuasaforex.com/index.php?ref-dbalqis
19.Normawati Ngah - 05 Jun 2010, 12:54am
try bc " THE MAGIC OF THINKING BIG "
oleh David J.Schwartz..
19.Abdul Halim Ismail - 06 Jun 2010, 12:32am
Tks Normawati, saya pernah dengar buku tu, edisi BM pun ada kat PTS
20.Mihri - 11 Jun 2010, 9:33pm
Saya pernah baca buku 'Rich Dad Poor Dad' , sangat bagus ........
21.Violet - 12 Jun 2010, 4:34pm
Salam..
Buku La tahzan...
Hadis bukhari..dan hadis2 sahih yang lain...dari situ blajar baiki diri..kelakuan mengiut sunnah...jiwa tenang jer..yang paling utama jadikan Al-Quran, memahami tafsir...sebagai pegangan..Bukan jer dapat pahala...malah jatidiri semakin cun..
22.Redvi0let - 12 Jun 2010, 5:03pm
wa caya sama luu olang..perghh!!
23.Violet - 12 Jun 2010, 5:47pm
mengikut...typing error..:p
24.Abdul Halim Ismail - 13 Jun 2010, 6:46pm
Tks Mihri, saya berkenalan dengan buku 'Rich Dad Poor Dad' beberapa tahun dulu semasa saya 'join' Amway.
Tks Violet, saya berkenalan dgn buku La Tahzan semasa keluar kat 'newspaper' ada orang bagi buku tu kat Pak Lah setelah dia kehilangan DS Endun dulu. Ada juga saya terbaca beberapa orang ahli politik menyaran buku tersebut.
25.Rahman - 14 Jun 2010, 8:33am
Saya pun dah baca "Rich Dad poor Dad" -> tapi tak semua nasihat Robert Kiyosaki ni boleh kita ikut. Saya ada beberapa org member (makan gaji) sangat taksub dgn Kiyosaki & buku ni (sampai beli board games yg Kiyosaki jual tu).. bersemangat sangat terus buka business & beli beberapa rumah utk disewakan ... tapi sebab tak cukup planning (beli rumah di Bkt Beruntung), gagal dgn teruk & kerugian besar.
Saya rasa dlm buku Rich Dad tu, gist sebenarnya mungkin boleh di summarisekan dalam 10 pages shj. Yg lain tu macam 'fluff' je nak jadikan buku tu tebal.
(Just my personal opinion)
26.Violet - 16 Jun 2010, 6:02pm
Salam
Betul tu sedara Abdul Halim..selain dari tu, semua buku tulisan 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI memang bagus untuk motivasi diri kita bagi menghadapi pelbagai karenah dunia sekarang.
27.Abdul Halim Ismail - 16 Jun 2010, 11:32pm
Tks Violet, insyaalah nak cuba tengok buku2 lain tulisan dia
wsalam
28.Mihri - 17 Jun 2010, 6:51pm
Saya baru je habis baca buku Low Of Attraction. Sangat membantu saya berfikiran positif.
29.Abdul Halim Ismail - 20 Jun 2010, 7:22am
Tks Mihri, saya dah beli buku tu (2nd hand), tahniah berfikiran +. Saya tengok versi terjemahan pun ada kat PTS
30.Zara 7 - 20 Jun 2010, 11:52pm
Salam
buku paling best : Syahadah Gadis Aties oleh Imran Haaz penerbit PTS.
Novel pemantapan akidah. Novel perdebatan akidah islami secara matang dan bersahaja.
layari blog penulis satuhala.blogspot.com
Novel tu baru keluar Feb 2010, cetakan pertama sold out. cetakan kedua akan datang. Novel ni sebelum ni dalam bentuk ebook dan baru sekarang diterbitkan dalam bentuk buku.
Wajib baca bagi setiap muslim. Buku ni juga sesuai untuk non muslim yang ingin mengenali Islam dengan lebih dekat.
buku lain The Choice oleh Ahmad Deedat. Buku perdebatan agama Islam dan kristian. La Tahzan memang best untuk mereka yg sedang berduka dan kecewa. sekarang terjemahan La Tahzan sudah ada pelbagai versi. Saya sedang mencari buku La Tahzan yang diterjemah sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dari bahasa Arab dan bukan terjemahan dari bahasa indon ke BM. terjemahan indon BM masih tebal dgn bahasa indon.
untuk saudara Ab Halim Ismail, kalo nak ke Mekah, saya cadangkan baca buku Prof Muhd Kamil Ibrahim - 1. Travelog Haji - Mengubah Sempadan Iman. 2. Travelog Dakwah - Meniti Hari Esok.
Harap bermanfaat.
31.Abdul Halim Ismail - 21 Jun 2010, 9:57am
Tks Zara, buku2 Prof Kamil memang saya minati.
32.Norkamisyah Bt Kasim - 21 Jun 2010, 4:49pm
buku yang telah saya baca dan yang paling saya ingati ialah bertajuk Rabiatuladawiyah...mengisahkan kehidupan seorang budak prempuan dari zaman rmaja hingga zaman dewasanya.kesah yg dipaparkan adalah konflik yang sering dihadapi setiap perempuan dr zaman remajannya hinggalah ke zaman dewasanya dan juga bagaimana watak dalam buku tersebut menyelesaikannya. cara penyelesain konflik yang ditulis dalam buku tersebut berlandaskan syariat agama dan hukum dimana ia banyak memberi kesan positif kepada pembacanya dalam menyelesaikan masalah sehari - hari.
33.Abdul Halim Ismail - 22 Jun 2010, 12:24pm
Tks Norkamisyah. Boleh beri maklumat lanjut buku tu, maksud saya penulisnya dan penerbitnya.
34.Ismetzal - 29 Jun 2010, 11:52am
buku yg best dibaca:
1) have u met mariam?
2) tersungkur di pintu syurga
35.Abdul Halim Ismail - 01 Jul 2010, 7:09pm
Tks Ismetzal, buku2 ni saya belum pernah dengar, bila ke kedai buku, insyallah saya cari
36.Mohammad Edilan Mustaffa - 03 Jul 2010, 8:24am
Kalau selalu putus asa atau berat tulang utk nak buat sesuatu, try baca buku " THE MAGIC OF THINKING BIG "oleh David J.Schwartz..
Saya dah byk baca buku motivasi, tp ini yang beri impak pd saya.
37.Shazmin 2 - 03 Jul 2010, 10:41am
Drop The Pink Elephant - Bill McFarlan
buku ini direkomen oleh sahabat baik saya, i read it in year 2005 and the impact is still with me.. till now
38.Abdul Halim Ismail - 04 Jul 2010, 10:45am
Tks Mohammad Edilan & Shazmin. Menarik tu Drop The Pink Elephant, insyaallah saya akan cari.
39.Lova - 17 Jul 2010, 11:58am
Buku yang paling saya minati ialah Berani Gagal tulisan Billi P.S.Lim. Buku ini membuka minda saya tentang hidup ini perlu melalui kegagalan untuk memperolehi kunci kejayaan di kemudian hari.Mengajar kita menjadi lebih matang dalam pemikiran dan berani menanggung risiko serta sentiasa berfikiran positif untuk menyelesaikan sebarang masalah yang melanda.
40.Cika - 20 Jul 2010, 2:12pm
Buku2 Aidh Al-Qarni benar2 bagus apalagi LA TAHZAN, tapi ada beza tau terjemahan versi Malaysia & Indonesia, garapan penterjemah Indonesia lbh sedap dibaca, tidak kaku. Saya menjual banyak buku2 klasik & yg baru dr pelbagai genre, English & Bahasa Melayu, harga dr RM5 ke atas, sangat murah & buku2 masih dlm keadaan spt mula2 dbeli hanya saja lamannya kekuningan kerana tersimpan dlm almari buku. Sila hubungi saya!
41.Abdul Halim Ismail - 20 Jul 2010, 4:20pm
Terima kasih Lova dan Cika. Saya akan menghubungi Cika
42.Mexbaby - 20 Jul 2010, 5:49pm
I x suka membaca... but bila cikgu tanya apa hobi masa lapang i jawab membaca buku..(temberang betul). Masa sekolah rendah dulu la.
Bila masuk sekolah menengah da mula baca novel cinta. Novel akhadiat akashah.. tapi, mmg bukan di lahirkan utk menjadi pembaca i akan melompat2. i akan baca sinopsis page belakang, pas tu g muka depan then terjah bab tengah.. tp kelebihan i boleh faham apa yg di sampaikan. ehehehe, kalau x faham xkan leh tersedu2 baca. touching!.
BUT.. masa blajar di U i TER-baca buku tulisan FATIMAH BUSU : THE MISSING PIECE PART 1 & 2.
1st i pinjam buku tu sebab cover dia.
2nd ati i tergerak nak baca buku tu.. tajuk da menakutkan faham ke dak baca ni.. ingat fully Bi..
this book mmg best!! Really2 Best!!
1st book yg i baca penuh. tak tinggal satu page pun. bila x faham ayat dia i boleh ulang2 then fikir apa yg dia cuba sampaikan.. kawan2 pelik time tu.. i betul2 jd ulat buku selama seminggu. Tapi, juz tuk buku tu je la.
43.Raden - 20 Jul 2010, 5:56pm
buku "berlian yg hilang"
tukarkan berlian dgn permata hehehehe...
44.Cika - 20 Jul 2010, 6:44pm
http://www.facebook.com/profile.php?id=699676879#!/group.php?gid=121628821186402&ref=search
Ini laman FB saya yg menjual buku. Tak dapat saya upload semua krn sangat banyak belum lagi termasuk Mastika, Variasari, Mingguan Wanita dll. Masih baru2 lagi. Yang berada di Kota Kinabalu dialu2kan!
45.Farid Nazmi - 22 Sep 2010, 10:21am
Raden: buku 2 utk orang dh kawin je.haha
saya paling suka novel karya fatimah syarha mohd Nordin. Tajuknye 'Syabab Musafir Kasih' dan 'Tautan Hati'.
Skg saya dh jd pengedar buku2 ni. Anda boleh ke pustaka online saya di www.stormreaders.net/ebookshop
46.Pijah - 14 Oct 2010, 9:14pm
try baca Quranic law Of Attraction. Jgn percaya bulat2 buku Law Of Attraction je
47.Yusaini Hidayat - 21 Oct 2010, 12:45am
Salam semua :)
Saya ni dulu kufur nikmat ...
Bila sekarang ni Allah tarik nikmatNya perlahan2 barula saya sedar ...
Minggu lepas saya outstation ke Penang, duk hotel di Jln Penang ...
Habis kerja saya ronda2 area situ sehinggalah saya ternampak satu kedai buku 2nd hand, sebab itu je yg saya mampu sekarang (2 3 tahun lepas standard saya beli buku di Borders, Kinokuniya jer, x pandang toko2 or kedai buku kecik ni)
Terdetik hati saya nak masuk utk cari buku yg boleh berikan saya inspirasi dan doringan utk ubah hidup saya. Saya nak memotivasikan balik diri saya
so terpandanglah satu buku bertajuk
How Starbuck Saved My Life by Michael Gill
(Pernah beli dulu tapi x igt campak mana)
Betul2 tersentuh sbb perjalanan hidup beliau hampir sama dengan saya cuma lebih teruk dan buku ni takde klise ...
inilah buku paling terkesan dalam hati saya ...
48.Abdul Halim Ismail - 22 Oct 2010, 11:07pm
Tks Yusaini Hidayat, semuga kita sentiasa berada di jalan yang benar, saya belum pernah tengok buku tu.
49.Lintah - 27 Oct 2010, 11:10am
Ada banyak buku yang saya baca tapi ada satu buku yang memberi kesan yang mendalam iaitu "It's Always Too Soon To Quit" oleh Lewis R.Timberlake. Buku ini akan memberi semangat baru kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
50.Khalida Hessa - 06 Nov 2010, 12:04am
Salam En/Cik Yusaini, bila sebut hotel Jln penang, teringat 30 thn dahulu ketika saya bertugas disebuah pejabat akhbar di jln tersebut. memang dari dulu lagi terdpt bnyk toko2 buku kecil menjual buku first hand maupun 2nd hand disana. Berkenaan dgn perkara "bila Allah tarik nikmatnya" memang ianya sesuatu yg saya rasa pernah berlaku keatas sesama kita. Bnyk yg boleh dikongsikan mengenai perkara ini. dan bnyk buku yg "begitu mendlm" mengenai perkara ini yg boleh kita berkongsi demi berdakwah sesama insan suatu hari nanti, Insya Allah. email saya : khalidahessa@gmail.com
51.Norahsre - 07 Apr 2011, 11:55am
Buku -buku yang best di baca berulang-ulang kali adalah:- Novel Badai Semalam, Mira Edora,Dekat Disayang Jauh Dikenang,Melawan Arus,Laila Azwa Gadisku,Cinta Kedua,Senator Adila,Merpati Putih Terbang Lagi,Pelangi Pagi,Alun Hidup,Ke Mana Kasih Hendak Dibawa, Langkah Pertama, Dagang Terbuang,Di Ruangmu Aku Di Sini, Bila & Di Mana, Di Tengah Kabus........ oleh Penulis KHADIJAH HASHIM . Kesemuanya berkisahkan kehidupan kita dalam menjalani hidup seharian. Macam Drama Trilogi Cinta di TV1 sekarang ni oleh Penulis SHARIFAH ABU SALEM..........
52.Norahsre - 07 Apr 2011, 12:09pm
Buku-buku lain adalah di tulis oleh EN. AZIZI ALI ( SMP MBA ChFc ) - SIFU PERUNDING & PAKAR KEWANGAN BERTAULIAH (Mentor saya kini ) seperti.....Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Tanah,Juara Lelong Hartanah,Jutawan Dari Planet Jupiter,Jutawan Ekstrem!,Mencari Maut,Pelita Jutawan, Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan, Pesara Jutawan, Langsaikan Pinjaman Perumahan Dlm Tempoh 5 Tahun atau Kurang ,Ganda Wang Anda,Bagaimana Memilih Kereta Terpakai Yg Lebih Baik, Save Money Fast & .........Moral of the stories adalah cara kita mengawal kewangan kita, biar wang menghasilkan pulangan dan kita dapat menikmati hidup yg lebih BAHAGIA............Selamat Membaca Buat Semua .............
53.Noradirawati2 - 08 Apr 2011, 9:33pm
Salam. En. Abdul Halim - Masa tunggu result SPM dulu, saya mula bekerja dgn kedai buku hinggalah saat ini berniaga dlm bidang buku (25 tahun). Bagi saya, waktu terluang saya adalah buku,buku,buku... tak kira dimana saya berada.....dlm qada hajat pun dgn buku....Antara novel klasik (lama) yg paling best adalah..
1) Novel Hartini oleh AZIZ AFKAR yang telah diulang cetak berulang kali. Cetakan Pertama pada tahun 1967......
2) Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh PROF. HAMKA (Haji Abdul Malek Karim Amirullah) - Ulang cetak ke-23 pada tahun 1999.....
54.Abdul Halim Ismail - 10 Apr 2011, 1:14pm
Tks kepada Norahsre & Noradirawati2. Saya juga suka buku2 Sifu Azizi Ali & pernah hadiri kursus beliau. Tks Noradirawati2.
55.Azren 7 - 17 Nov 2011, 2:03pm
salam.. buku yang mengesankan saya Sebuah Pelayaran,..kisah seaorang remaja perempuan yng telah buta.Sebelom tu dia normal dan dia mmandang rendah org OKU buta, dan ada satu babak sewaktu dia blajar.. dia buat assignment utk dihantar pada lecturer dia .. dia betungkus lumus buat sehingga siap yang dia taip pakai brailer..dan dia tunjukkan pada kawan dia(normal) mintak kawan dia check assignment dia sebelom dihantar pada lecturer.dia terlalu seronok yang dia dapat siapkan dan die nak tahu.. apae komen kawan dia selepas dia tunjukkan tapi kawan dia senyap..sebab assignment dia yang tebal tu kosong .. dakwat mesin brailer dah habis dia x tahu..
56.Abdul Halim Ismail - 18 Nov 2011, 9:54am
wsalam. tks Azren 7
Wednesday, November 23, 2011
Tuesday, November 22, 2011
SEKS PERKAHWINAN DAN KELUARGA ISLAM
NEW BABY BOOK DAN BUKU SEIRING SEJALAN
Dua buah buku baru dalam keadaan sangat baik. Cuma RM10.
Kos penghantaran biasa +RM4 untuk seluruh Malaysia. Jika pos express +RM6 seluruh Malaysia.
i) New Baby Book, cetakan 1999. 516 m/s
-the complete guide to pregnancy, childbirth, and baby care
ii)Seiring Sejalan, keluaran Alaf 21, cetakan 2009, 288 m/s
Hubungi Halim 012-6630 530
Sesuai untuk simpanan setiap keluarga ataupun untuk hadiah di musim perkahwinan
KOMIK ANAK SATERIA
Set lengkap 1 ke 35. Keadaan baik. Semua buku berbalut.
Edisi B.Malaysia
Harga asal RM4.80 @
Keluaran Comics House Sdn Bhd sekitar 2006
Sudah lama saya iklankan kat mudah.my, memang banyak dapat respon dari peminat, tapi kebanyakannya tak setuju harga atau inginkan beli beberapa jilid sahaja. Harga asal yang saya tawarkan adalah RM170 (termasuk pos parcel Semenanjung Malaysia). Akhirnya telah terjual dengan harga RM140 secara COD pada 22/Nov/2011
Subscribe to:
Posts (Atom)