Saturday, April 25, 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009



Kami sekeluarga mengunjungi Pesta Buku di PWTC pada 25/4/09. Saya membeli buku-buku jualan murah di gerai Creative Enterprise, Telaga Biru (kaset jualan murah RM1 @), Utusan dan Syarikat Fajar (buku-buku NHF Media, ARA, Ahadiat). Isteri dan anak saya membeli buku-buku di gerai Karangkraf (Alaf 21), Jemari Seni (dapat tandatangan penulis), PTS dan Ana Muslim. Bagi saya maklum ajalah beli untuk dijual semula. Sebenarnya saya mengunjungi lagi sekali pada hari terakhir Ahad 26/4/09

Berikut adalah di antara buku-buku yang saya beli (kebanyakannya untuk dijual semula:




Buku yang paling saya suka ialah:

Tajuk: Catatan Hati Nik Nur Madihah (Rahsia 20A, pelajar SPM terbaik Malaysia).

Terbitan: HR Publishing

Cetakan pertama: 2009

Saya sungguh terharu membaca buku ini. Ianya harus dimiliki oleh setiap keluarga susah dan senang.