Wednesday, March 4, 2009

BUKU DIPOS KE UK



Buku ini dibeli oleh ebayer dari UK. Kali pertama saya menghantar ke sana. Kos penghantaran yang dipersetujui RM15 + harga buku RM5 = RM20. Pembeli tersebut (saya rasa orang Indonesia) membayar 4 paun sterling.

'Listing' di ebay

Keadaan sangat baik.

Tajuk buku: MIGRATE

Penulis: RADZI SAYED

Penerbit: INANG PUBLICATIONS

Cetakan: 1997

Mukasurat: 284


SINOPSIS

Novel ini berdasarkan kisah benar.

Aku memang jahil. Aku buta tentang hukum hakam. Aku juga tidak pandai bermain dengan dosa & pahala. Imanku terlalu nipis, lebih nipis dari kulit bawang. Tapi, aku masih waras, Aku masih boleh membuat pertimbangan. Dan kerana itulah untuk bertukar agama, aku tidak rela sama sekali. Aku tidak mahu menjadi seorang murtad.

Kisah ini sangat menarik dan memberi banyak pengajaran.